Tuesday, November 3, 2009

KARENAH HAFIZ....

Pejam celik… pejam celik… dah lebih 3 tahun umor Hafiz. “Dah besor rupanye anak mak ni”. Patutnya dah boleh ada adik. Tapi… takpelah, kita tunggu dan berdoa sajalah ye…
Hafiz semakin besar dan semakin lincah. Mulutnya… Ya Allah, sampai tak terjawab di buatnya. Kadang-kadang naik pening kepala aku. Soalan demi soalan keluar daripada mulutnya yang kadang-kadang aku tak tahu nak jawab apa. Tapi… walaubagaimanapun, aku tahu, dia dalam proses nak belajar jadi…. Kita kenalah sabar. Sebagai manusia… kadang-kadang tak sabor juge aku dibuatnya. Maklumlah, aku bekerja. Penat balik kerja, datang pulak ragam nya yang tak menentu. Tapi… jika difikirkan balik, tak boleh babitkan kerja jugak .Ini adalah amanah dan tanggungjawa. Yang penting kita kena pandai bahagikan masa.




Aku faham semua itu. Tapi… apakan daya, sebagai manusia biasa kita seringkali diuji. Kaerenah anak juga adalah ujian. Menguji kekuatan dan ketahanan kita dalam mendidik anak. Apatah lagi dalam usianya yang terlalu kecil untuk memahami tentang kehidupan, tentang hokum hakam dan seluruh aspek kehidupan. Kitalah yang wajib mencoraknya.
Hafiz dah mula memahami tentang kehidupan dan rentak hidup kami. Dia dah mula faham tentang mak dan ayahnya serta kerjanya. Dia juga dah faham kenapa dia dihantar ke rumah orang setiap pagi.
“Mak nak pegi kerje? Ayah nak kerja… nak cari duit… beli susu, beli pempers… beli baju Hafiz…”
Kalau dulu, dia akan menangis setiap kali dia dihantar ke rumah Mak Pah (penjaga Hafiz). Tak sampai hati aku dan abang lihat dia menangis setiap kali ditinggalkan. Tapi.. macam mana? Kerja perlu diteruskan…..al-Hamdulillah, sekarang dia dah faham.
Banyak lagi keletah Hafiz yang menyenangkan hati aku. Tentang solat…. Seusia Hafiz 3 tahun, dia dah boleh ikut solat dan Azan dengan pelatnya. Dia juga faham ….Azan itu tandanya masuk waktu dan kena solat. Tapi… yang buat aku pening bila aku uzur (tak solat). Dia akan Tanya “apasal mak tak sembahyang?” Aku akan jawab dengan jawapan yang boleh meyakinkan dia supaya dia tak ulang lagi soalan itu….
Tapi akhir-akhir ini Hafiz dah pandai merajuk. Dia akan cupa melakukan sesuatu untuk menarik perhatian aku dan abang . Bila tak dilayan, dia akan merajuk. Masuk bilik sorang-sorang dan cakap dia nak tidor….  Pandai sungguh Hafiz.
Namun walau apapun, aku bersyukur dengan perkembangan Hafiz. Kenakalannya menghiburkan hati aku dan abang. Karenah dan keletahnya sunggh menceriakan rumah tangga kami. Cuma aku sering berdoa agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayani karenah ankku.

Sesungghnya anak adalah anugerah yang paling bermakna. Lahirnya ibarat seperti kain putih yang suci dan bersih. Kamilah (aku dan abang) yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada kami dalam mendidik dan membesarkan Hafiz agar menjadi anak yang soleh…. Amin




ALAMAK! GIGI TAK DOK....

Monday, November 2, 2009

PEPERIKSAAN BERMULA

Hari ini bermula peperiksaan akhir tahun untuk pelajar-pelajar tahun 1 hingga 5. Nampaknya dah hampir berakhir sesi persekolahan tahun 2009. Hai... cepatnye masa berlalu. rasa macam baru mula sekolah je...

Walau bagaimanapun, selepas ini bertungkus lumuslah guru-guru untuk menyemak kertas jawapan. semua mesti cepat. Yelah, keputusan peperiksaan murid mesti diketahui segera sebab di hari terakhir sekolah mereka akan diraikan dengan Hari Kecemerlangan pelajar. Masa tu, pelajar yang berjaya akan menerima hadiah. Masa tulah yang best nya semasa bergelar pelajar.

Nampaknya ada yang tak tidor malam lah guru-guru ni. Tapi kalau aku... tidor tetap tidor cuma aku lebih suka bangun sebelum subuh. Selepas solat sunat, aku mula menyemak kertas jawapan. Masa tu, nampakle wara' sikit... :-) Yelah.. kalau dulu masa bujang lain situasinya tapi... sekarang bila dah berkeluarga, lain pulak le situasinya..

Namun apa yang merilekskan aku, aku ngaja pelajar tahun 6. Diorang telah selesai menduduki peperiksaan PSRA. PSRA ni macam UPSR le jugak cuma dia semua pelajaran agama. Sekolah Agama lah katakan. Pelajaran Tauhid, Fekah, Akhlak, Sirah, Bahasa Arab, Tajwid, Al-QUran dan Hafazan... Pening juga ler Bebudak ni nak jawab...

Walaupun nampak rilek sebab tak payah menyemak kertas jawapan, berdebor juga aku nak menunggu keputusan peperiksaan keluar. Biasanya keputusan akan keluar sebelum cuti sekolah. Jadi... nampaknya dah tak lamala dah... Hai.. aku pulak yang risau. Ye lah.. sebagai guru, aku juga terkena tempiasnya. Berjaya kah mereka atau gagal kah mereka...? Kalau ramai yang berjaya.... AL-Hamdulillah. Gurunya juga yang dapat pujian... Tapi.. kalau ramai yang gagal... No komen. Gurukah yang harus dipersalah kan?

Walau apapun... tunggu jelah keputusan nya. Guru-guru yang lain, jangan jealous dengan guru tahun 6 sebab tak payah semak kertas jawapan. Kalau ada yang cemburu dan iri hati... tahun depan boleh mintak mngajar darjah 6. kita tukar yeeerrr.... Aku pun dah lama ngajar darjah 6, boleh juga nak rasa ngajar budak kecik-kecik ni....

Thursday, October 29, 2009

DOA

Doa seorang sahabat (Siti Norfadilah binti Abdullah), sempenalangtahun kelahiranku..

"Ya Allah, sediakan baginya sebahagian daripada keluasan Rahmat Mu. Berilah ia petunjuk dengan ajaran - Mu. Bimbinglah dia menuju keredhoan-Mu.Semoga dia beroleh Rahmat dalam kehidupannye di dunia dan akhirat."

Wednesday, October 28, 2009

ULANGTAHUN KELAHIRAN KU...

28 OKTOBER 2009

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiranku. Maka, genaplah usiaku 30 tahun. Sudah 30tahun rupanya... bukanlah satu tempoh waktu yang singkat untuk dihitung. Cuma... tertanya pada diri sendiri, apakah ada 30 tahun lagi untuk aku menghitung waktu? Berjalan menikmati keindahan ciptaan Tuhan...? Soalan yang tiada jawapan. Hanya Tuhan yang tahu..

Walaubagaimanapun... aku perlu muhasabah diriku... menghitung 30 tahun yang telah berlalu. Apakah perisiannya telah cukup untuk aku sebagai hamba Allah...? Apakan aku bersedia sekiranya dipanggil oleh Allah pada bila-bila masa..?

Mengenangkan 30 tahun telah berlalu, terasa amat kerdil diri ini di Sisi Tuhan sedangkan diri ini semakin hampir untuk dipanggil oleh-Nya.

Aku sedar, aku bukanlah insan yang terbaik dan lengkap dari segala sudut. Aku insan biasa, yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Aku juga adalah hamba seperti hamba-hamba lain yang perlu menerokai dunia ini dengan pelbagai Ilmu. Mencari dan terus mencari untuk melengkapkan diri sebelum mengadap Illahi.

Oleh itu, sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiranku tahun ini, tahun yang ke 30... aku bangun jam 4.30 pagi menunaikan solat sunat Hajat, memohon dari Allah untuk diberi petunjuk dan hidayah yang berkekalan agar aku tidak jauh terpesong dari landasan-Nya. Amin...

Diserikan dalam hidupku bersama suami dan anakku, aku berazam akan menjadikan diri ini lebih baik dari sebelum ini. Apatahlagi, ulangtahun kelahiranku selepas Ramadhan dan Syawal... Aku teruskan Iltizamku sempena Ramadhan tahun ini untuk menunaikan puasa Sunat Isnin dan Khamis. Alhamdulillah... berakhir sahaja Syawal ini, aku dah mula berpuasa sunat ISnin dan Khamis. semoga ibadah ini dapat diteruskan. Insya Allah.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, October 22, 2009

TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDUR....

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. setelah mata terbuka, persekitaran diamati. "Belum subh lagi ni," Hati bermonolog sendirian. Kewmudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. "Oh! Baru pukul 3 pagi.."

Dalam situasi seperti di atas, apa yang akan kita lakukan? Di sisni kita mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman kita dan buatlah pilihan yang bijak.

PILIHAN 1

Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel "Apasal la aku bangun awal sangat...?"
Tazkirah sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.

PILIHAN 2

"oH! BARU PUKUL 3 PAGI. wAKTU MACAMNI DOA MAKBUL. yA aLLAH! Ampunkan dosaku dan dosa kesua ibu bapaku. jadikanlah aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan duni dan akhirat." Kemudian sambung kembali ibdah senyap :-)

PILIHAN 3

Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru puul 3), segera bangun untuk solat tahajjud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa dodengari oleh Allah.


######


Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenanrnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai tahajjud dapat ditunakan.

Friday, May 22, 2009

SELAMAT HARI IBU...

Setiap hari Ahad minggu kedua bulan May merupakan Hari Ibu. Dan tahun ini hari tersebut jatuh pada tanggal 10 May 2009.

Apa sahaja gelaran yang diberikan sama ada Ibu, Ummi, Emak, Mama dan sebagainya adalah satu pengiktirafan kepada seorang Ibu. Walaupun Jasa Ibu dikenang sepanjang hayat namun… hari ibu disambut dan diraikan sebagai satu hari istimewa kepada semua ibu-ibu. Begitu jugalah aku…

Pengalaman pertama menjadi ibu membuatkan aku semakin matang. Menilai sebuah kehidupan bersama suami dan anak... Dalam merangkak meniti usia, inilah kali ketiga aku menyambut Hari Ibu tetapi.... tahun ini aku sungguh gembira bila pertama kalinya anakku mengucapkan ”Selamat Hari Ibu”. Anakku dah pandai bercakap.... Syukur pada Allah atas anugerah itu.

Walaupun hampir tiga tahun berlalu namun, pengalaman bersalin itu tidak dapat aku lupakan. 01 julai 2006 , pertama kalinya aku mendengar tangisan anak kecil.... AKU DAH JADI IBU...! tidak dapat dinafikan lagi keadaan itu..... aku dan abang perlu laluinya dan sama-sama membesarkannya dengan sempurna. Abang dah jadi AYAH. Al-hamdulillah.

Aku bersyukur kerana dikurniakan suami yang penyayang. Dialah yang memberi kekuatan kepada aku tatkala aku menunggu saat kelahiran. Sampai kini aku tidak dapat melupakan detik manis itu. Melihat air mata abang selepas kelahiran Hafiz hati aku menjadi sayu. Aku sendiri tidak tahu... sedihkah aku? Gembirakah aku...? Namun aku bersyukur, aku dan anak selamat.

MUHAMMAD HAFIZ ANWAR..... Itulah rangkaian nama yang menjadi pilihan kami berdua. Pada aku.... aku tidak kisah sangat apa sahaja nama yang baik tapi abang... dia cuba menghimpunkan harapan dan impiannya pada nama anak sulung kami. Abang impikan anaknya akan menjadi HAFIZ suatu hari nanti. Dikuatkan dengan guru al-Qurannya seorang Hafiz sebagai Idola. Namanya Khairul Anwar. Jadi daripada situ, terbentuklah nama anak sulung kami MUHAMMAD HAFIZ ANWAR BIN KHAIRIL ANIZAN.

Kini usia Hafiz hampir 3 tahun. Al-Hamdulillah.... dia semakin cerdik. Walaupun kadangkala aku agak emosi melayan karenah Hafiz tapi... hati ini tetap terhibur. Kami sama-sama mendidik dan membesarkan Hafiz dengan impian dan harapan. Tiada kalimah terindah dalam doa kami setiap selepas Solat melainkan Mengharapkan Hafiz menjadi anak yang Soleh.

Sempena Hari Ibu ini, aku berazam untuk menjadi yang lebih baik dengan bimbingan dan bantuan dari abang. Menjadi Isteri Solehah.... aku tidak layak..... Menjadi Ibu Mithali... bukan aku yang menilainya tetapi... aku cuba untuk jadi yang terbaik demi kebahagiaan rumah tangga kami.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, May 20, 2009

WANITA ITU CANTIK....

Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali….

Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!

kerana,

Setiap Wanita itu Cantik…