Saturday, June 14, 2008

MAKAN MALAM DI KELAB DARUL EHSAN

malam tadi, jamuan makan malam diantara guru SRATT dan AJK PIBG telah diadakan di Kelab Darul Ehsan... Tajuk majlis tersebut ialah "MALAM UKHWAH"

Majlis makan malam tersebut diakan sempena sambutan hari Guru dan sekaligus meraikan perpindahan Guru Besar yang hampir sebulan berlalu....

kalau tengok pada agenda, tak ada agenda menarik yang disusun cuma... ucapan-ucapan yang tertentu sahaja.... walau apa sekalipun aturcara yang dibuat, pada aku.... tidak selayaknya untuk aku sebagai guru KAFA berada di dalam majlis yang seumpama itu.... walaupun yang terlibat hanyalah guru-guru SRATT tetapi... tempat yang dipilih bukanlah standard Guru KAFA.... Tapi... untuk memuaskan hati semua pihak... majlis tersebut tetap berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya terdengar juga di telingaku suara-suara yang tidak berpuas hati.....

terima kasih sahajalah kepada pengurus program yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.


Apa yang penting bagi aku pada malam itu.... melihat anakku happy sekali. yelah... budak kecil yang tak tahu apa-apa... seronok nye dia tuhan saja yang tahu... itulah masanya nak bersama family nak makan kat tempat yang grand macam tu.....





No comments: