Thursday, May 22, 2008

SAHABAT DAN PENTADBIR

Rabu 21 Mei 2008. Diadakan taklimat kepada semua guru sebelah petang. Yang menyampaikan taklimat ialah Ustz. Sh. Sukainah. Yelah, Guru Besar tak ada, GPK 1 pun tak ada so... sesiapa saja yang rasa bertanggungjawab, boleh bagi taklimat atau makluman.

Apa yang menyedihkan bagi aku, cara dia menyampaikan taklimat. Aku cukup tak berkenan. Dengan riaksi dan memek muka yang tidak menyenangkan semua orang. Aku tak tahu apa masalahnya? Mungkin dia ada masalah peribadi atau sebaliknya? Aku pun tak tahu tapi... yang nyata pada aku, bila kita berada di hadapan khalayak ramai, menyampaikan maklumat untuk semua orang..... sembunyikan segala kesedihan dan karesahan agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

BUkanlah aku ni orang yang hebat sangat... nak bercakap soal kepimpinan tetapi, untuk jadi pemimpin mesti bersikap terbuka. jangan pandang sebelah mata saja. cuba letakkan diri kita sebagai rakyat jelata, nescaya kita faham masalah semua orang. tapi kalau kita rasa kita yang hebat, orang lain buat semua tak kena... memang kita akan jadi pemimpin yang ditakuti, bukannya disegani.

Memang dah lama aku rasakan sesuatu yang tak kena. Dalam pejabat, aku dah rasa tak selesa. Keadaan rakan di sekeliling macam ada yang tak kena. Kak Ti dan kak Pah aku rasa dah semakin jauh dengan aku. Aku pun tak paham. Kalau dulu aku rasa aku terlalu rapat dengan kak Ti dan Kak Pah, tapi sekarang semuanya dah berubah.

Kak Pah lebih serius dan tak mudah mesra. Aku memang rapat dengan semua guru. Banyak juga komen yang aku dengar tentang Kak Pah. Yelah, kak pah ni sebahagian daripada pentadbir sekolah. Walaupun dia tidaklah ada jawatan yang besar sangat tapi, atas dasar tanggungjawab mungkin dia rasa dia perlu menegur dan memberi peringatan kepada samua guru. lagipun dia rapat dengan GPK 1 dan GB sebelum ni. Mungkin juga disebabkan kelemahan kepimpinan diorang, dia rasa lebih cenderong untuk membantu.

Itu aku tak kisahlah, cuma aku terkilan bila dia buat tak sama dengan apa yang dia selalu cakap. itu juga yang buat orang marah. Telinga aku dah panas dengar cerita orang. Aku nak menegurpun, aku dah tak punya banyak masa untuk berdiskus dengan kak Pah. Seperti yang aku katakan tadi. Kitorang dah tak macam dulu...

Aku pun tak tau kat mana silapnya. Walau apapun aku sentiasa berdoa semoga ukhwah ini akan menjadi lebih baik dan Allah akan bagi petunjuk kepada semua yang layak agar Guru-guru di Tasek Tambahan ini tidak jauh terpesong....

No comments: