Monday, June 30, 2008

AURAT WANITA DIHADAPAN WANITA KAFIR

Para ulama berbeza pendapat tentang aurat wanita muslimah di hadapan wanita kafir. Ada di kalangan ulama yang membezakan antara wanita muslimah dan wanita kafir. Maka mereka mewajibkan hijab di hadapan wanita kafir, namun pendapat ini tidak kuat. Lajnah Daimah ketika ditanya apakah wajib wanita muslimah memakai hijab di hadapan wanita kafir menjawab:

"Dalam masaalah ini ada dua pendapat para ulama, yang lebih benar ialah tidak wajib (wanita muslimah berhijab dihadapan wanita kafir). Ini kerana perbuatan tersebut (memakai hijab di depan wanita kafir) tidak didiriwayatkan dari isteri-isteri Nabi saw, tidak juga dari selain mereka dari kalangan wanita di zaman nabi saw ketika mereka hidup bersama wanita-wanita Yahudi di Madinah, dan wanita-wanita penyembah berhala. Jika berlaku di zaman Nabi saw, wanita muslimah memakai hijab di hadapan wanita kafir, sudah pasti akan dinaqalkan kepada kita sepertimana yang telah dinaqalkan perkara yang lebih kecil dari yang itu."

Telah ditanya kepada al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin:

"Adakah boleh seorang muslimah membuka rambutnya di hadapan wanita kafir?”

Kata al-Uthaimin:

Perkara ini ada perbezaan pendapat antara ulama dalam menafsirkan firman Allah swt al-Nuur: 31.

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)

Ganti nama yang terdapat pada kalimah (نِسَائِهِنَّ - wanita-wanita mereka) para ulama berbeza pendapat tentangnya. Sebahagian mereka berkata maksudnya ialah jenis, yakni sejis wanita semuanya. Sebahagian yang lain mengatakan maksud ganti nama itu ialah ditujukan kepada sifat, yakni wanita yang beriman sahaja. Maka jika berdasarkan pendapat yang pertama, harus bagi wanita membuka rambutnya dan wajahnya di hadapan wanita kafir. Jika berdasarkan pendapat yang kedua tidak boleh. Dan kami (Ibn al-Uthaimin) cenderung kepada pendapat yang pertama dan ianya lebih hampir (kepada kebenaran). Ini kerana wanita bersama wanita tidak ada beza antara wanita muslimah dan kafir. Ini jika tidak ada fitnah..."

Maka berdasarkan pendapat ini, aurat wanita muslimah di hadapan wanita kafir adalah sama seperti aurat sesama wanita muslimah yang lain, iaitulah antara tengkuk hingga bahagian bawah betisnya, lengan kanan dan lengan kiririnya.

wallahu a'lam...

Wednesday, June 25, 2008

PEPERIKSAAN MUMTAHIN

kini selesailah sudah MUMTAHIN ( Ujian Tilawah dan Hafazan ) bagi pelajar-pelajar tahun 6. Wah! macam dah merdeka je.... Jangan seronok sangat anak-anak murid ku.... ada lagi peperiksaan yang belum selesai.. Bila dah selesai Ujian, terhasillah markah dengan pangkat yang berbeza-beza. ada yang Mumtaz, Jaid Jiddan dan tak kurang juga yang Dhoif. Itulah hakikatnya ....

Ujian Tilawah dan Hafazan merupakan satu sidiul pelajaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama, KAFA Integrasi dan Sekolah Rendah Agama Integrasi di Negeri Selangor. Ia diwajibkan kepada calon-calon yang akan menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor.

Calon akan diuji dengan bacaan al-Quran dan Hafazan daripada surah-surah tertentu yang telah ditetapkan. Antara surah-surah yang dinilai ialah

1. Surah at-Takwir
2. Surah al-Infithar
3. Surah al-Muthoffifin
4. Surah An-Naba'
5. Surah An-Nazi'at
6. Surah 'Abasa

Calon dikehendaki membaca dua surah daripada sura-surah tersebut secara undian.

Walaubagaimanapun, aku berpuas hati dengan keputusan mereka. ada beberapa orang yang mendapat keputusan yang Mumtaz (cemerlang) dan tak kurang juga yang Dhoif (gagal). Pelajar yang gagal adalah pelajar-pelajar yang tidak pandai membaca al-Quran. Apa nak buat, kalau membaca al-Quran pun tak boleh.... macam mana nak menghafal.? Jadi... guru penilai memang tak boleh nak tolong...

Memang sesetengah orang mengharapkan yang terbaik daripada Sekolah untuk anak-anaknya tetapi, adakah mereka telah berikan yang terbaik untuk anak-anak sebelum dihantar kesekolah.? Menghantar anak kesekolah dengan harapan anak pandai agama terutamanya membaca al-quran , jawi dan sebagainya.... tetapi, meletakkan sekolah agama sebagai tempat persinggahan. Hantar anak pergi Sekolah Agama supaya anak tidak merayau ketempat lain. Hantar anak ke Sekolah Agama agar terisi kelapangan dirumah. dan berbagai lagi alasan yang lari daripada niat sebenar....

Inilah anak-anak yang gagal. bila niat dah tak betul maka, keberkatan itu tidak ada. berilah bekalan secukupnya kepada anak-anak kerana anak-anak adalah harta kita yang akan dibawa ke mati. Perbetulkan niat dari langkah pertama untuk ke Sekolah, Insya Allah akan mendapat keberkatan daripada Allah. Dengan itu, anak akan mudah untuk belajar.

Tuesday, June 24, 2008

Rahsia disebalik SENYUMAN



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'.
Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

sumber : http://mawarcinta.multiply.com/

Friday, June 20, 2008

SERUAN KUBUR

AKU RUMAH YANG TERPENCIL........... KAMU AKAN SENANG DENGAN SELALU MEMBACA AL-QURAN
zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments & Graphics


AKU RUMAH YANG GELAP.... TERANGILAH IA DENGAN SELALU SOLAT MALAM

AKU RUMAH YANG PENUH DENGAN TANAH DAN DEBU.......BAWALAH AMAL SOLEH YANG MENJADI HAMPARAN

AKU RUMAH ULAR YANG BERBISA.... BAWALAH AMALAN BISMILLAH SEBAGAI PENAWAR

AKU RUMAH PERTANYAAN MUNKAR DAN NANKIR.... MAKA BANYAKLAH BACAAN
"LAAILAHAILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH"

Thursday, June 19, 2008

PERINGATAN BUAT DIRIKU...

Selagi bernama insan... kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan tetapi... pernahkah terfikir dalam diri kita untuk berusaha menghindarkan diri daripada melakukan segala kesilapan sama ada yang kita sedari ataupun tidak?

Subhanallah...? Begitu berat dugaan dan ujian yang Allah berikan kepada setiap insan. Semuanya bukanlah untuk menyusahkan tetapi adalah untuk menambahkan ketakwaan kita kepada-NYA. Kadangkala manusia akan merasakan dugaan yang diberikan oleh Allah itu sebagai satu yang membebankan tetapi sebenarnya kebanyakan manusia akan mengingati Allah bilamana berada dalam kesusahan... Oleh itu, bersyukurlah kita sekiranya kita rasa susah bila di duga oleh Allah... itu tandanya Allah sayangkan kita.... memperingati kita agar kita sentiasa ingat kepada-NYA.

Kehidupan yang indah adalah bilamana manusia itu cuba mendekatkan diri kepada penciptanya. Mendalami keunikan isi alam daripada langit dan bumi, laut dan darat serta sekalian makhluk.... daripada mana keajaiban itu kalau bukan dengan kebesaran Allah Subhanahuwataala....? Oleh itu, janganlah terlalu memandang kehadapan sehingga lupa pada persekitaran......

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments

Wednesday, June 18, 2008

9 PERKARA YANG PEREMPUAN TIDAK GUNA

1.Perempuan itu tidak guna kain yang
nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu,
bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh
perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai
kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila
dipakai walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian
orang lain, lebih-lebih lagi lelaki
JAHAT. Dia tahu sekiranya dia
memakainya juga dia telah melanggar
larangan Allah dalam ayat 31 surah An-
Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak
wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan
bau yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya
kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara
kimia) yg digunakan utk membuat
pewangi itu. Perempuan yang tidak
memakai wangian yang kuat ini tahu
bahawa inilah yang dipesan oleh nabi.
Sabda junjungan bahawa wanita yang
keluar rumah dgn memakai wangian,
adalah seperti pelacur. Bukan tidak
boleh berwangi-wangi tetapi
bersederhanalah dlm pemakaian wangian
tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-
kata yang keji, kerana dia tahu
sesiapa sahaja yang bercakap perkara
yang keji adalah mereka yang rendah
akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang
bercakap menggunakan perkataan yang
buruk @ jahat, adalah seperti sepohon
pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia
tahu bahawa perumpamaan perkataan yang
baik dan buruk dinyatakan dengan jelas
dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak
untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain
mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya
orang yang suka mengumpat baik lelaki
atau perempuan dia seolah-olah memakan
daging saudaranya sendiri. Apakah
sanggup kita memakan daging saudara
sendiri? Persoalan ini ditanyakan
kepada kita dalam firmanNya ayat 12.
surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung
tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata
bentuk perbukitan pada badannya
(tudung siput babi). Sememangnya ia
menjadi tatapan mata lelaki yang jahat
yang terkena panahan syaitan. Dia tahu
apabila bertudung, dia mesti
melabuhkan tudungnya sehingga menutup
alur lehernya dan tidak menampakkan
bentuk di bahagian dadanya. Pesan
Rasul seperti yang disuruh oleh Allah
tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.
Begitu juga seorang lelaki yang
bergelar suami mesti memberi
peringatan untuk isteri dan anak-
anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok
bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki
yang bukan mahramnya, bercakaplah
dengan tegas. Jangan biarkan suara
lentukku untuk menarik perhatian
lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah
aurat, jika aurat maka Allah tidak
akan menjadikan perempuan boleh
berkata-kata. Bertegaslah dalam
percakapan, jangan gunakan suaramu
untuk menarik perhatian lelaki
sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya
suara wanita yang bercakap dengan gaya
membujuk yang boleh mencairkan keegoan
lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat
dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna
ayatnya lebih kurang begini"Maka
janganlah kamu tunduk dlm berbicara
sehingga berkeinginanlah orang yang
ada penyakit dlm hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang baik"
'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg
berbicara dgn sikap yang boleh
menimbulkan keberanian orang untuk
bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit
dlm hati" adalah keinginan seorang
lelaki utk melakukan perbuatan sumbang
dgnnya seperti berzina. Mengapa?
Lelaki sangat mudah tertarik kpd
seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat
make-up untuk menonjolkan
kejelitaannya melainkan di hadapan
suaminya sahaja. Adab bersolek
(tabarruj) ini amat ditekankan kepada
wanita muslim (muslimah) kerana
semestinya kecantikannya adalah hak
ekslusif yang mesti persembahkan
kepada suaminya. Jika ingin keluar
bekerja, dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak
jelas kelihatan pada wajahnya dia
bersolek. Jangan bersolek sehingga
cantiknya anda sehingga kadang2 wajah
anda menjadi seperti hantu. Hendak
bergincu? Jika bergincu, pakailah yg
tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa
tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung
yang jarang-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat
haiwan akuatik. Kerana apabila memakai
tudung seperti ini, akan nampak juga
bahagian yang sepatutnya ditutup rapi
dari pandangan orang lain. Rambut
adalah mahkota, tetapi jangan biarkan
mahkota itu tidak 'berharga' dengan
menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga
disimpan dengan rapi di dlam sangkar,
dan ditambah pula pengwal untuk
menjaga keselamatannya, maka demikian
juga dengan rambut wanita. Sangkar itu
adalah kain litup yang sempurna dan
pengawalnya pula adalah ilmu yang
diamalkan oleh anda untk memakainya
dengan
cara yang terbaik


dipetik daripada : http://warie.multiply.com/

Saturday, June 14, 2008

MAKAN MALAM DI KELAB DARUL EHSAN

malam tadi, jamuan makan malam diantara guru SRATT dan AJK PIBG telah diadakan di Kelab Darul Ehsan... Tajuk majlis tersebut ialah "MALAM UKHWAH"

Majlis makan malam tersebut diakan sempena sambutan hari Guru dan sekaligus meraikan perpindahan Guru Besar yang hampir sebulan berlalu....

kalau tengok pada agenda, tak ada agenda menarik yang disusun cuma... ucapan-ucapan yang tertentu sahaja.... walau apa sekalipun aturcara yang dibuat, pada aku.... tidak selayaknya untuk aku sebagai guru KAFA berada di dalam majlis yang seumpama itu.... walaupun yang terlibat hanyalah guru-guru SRATT tetapi... tempat yang dipilih bukanlah standard Guru KAFA.... Tapi... untuk memuaskan hati semua pihak... majlis tersebut tetap berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya terdengar juga di telingaku suara-suara yang tidak berpuas hati.....

terima kasih sahajalah kepada pengurus program yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.


Apa yang penting bagi aku pada malam itu.... melihat anakku happy sekali. yelah... budak kecil yang tak tahu apa-apa... seronok nye dia tuhan saja yang tahu... itulah masanya nak bersama family nak makan kat tempat yang grand macam tu.....





Thursday, May 29, 2008

CARA SUJUD SYUKUR

Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terimakasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk

KELEBIHAN SOLAT DHUHA


Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )

WANITA.....

  • Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan.

Wednesday, May 28, 2008

SOLAT SUNAT DHUHA

" Ya Allah ya Tuhanku... sesungguhnya jika rezekiku masih di langit, kau turunkanlah... jika ia masih di dalam bumi, keluarkanlah dan jika ianya haram.. kau sucikanlah......."

Begitulah diantara petikan daripada doa solat sunat Dhuha.... Betapa besarnya kelebihan solat tersebut. Terutamanya dalam memohon supaya dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.

Jika dilihat waktu Dhuha itu adalah permulaan tugas setiap individu. bagi yang bekerja dan apa sahaja aktiviti. Oleh itu disunatkan kepada kita supaya memohon daripada Allah agar dipermudahkan perjalanan hidup dan dimurahkan rezeki.... Subhanallah... hebatnya Allah Taala...

Bukannya aku tak tahu semua itu. Aku mengajar anak murid ku tentang solat Dhuha hampir lapan tahun tapi... berapa kalikah aku melaksanakannya....? Ya Allah... seingat aku, setelah tamat alam persekolahan, tidak pernah aku melakukan solat Dhuha. waktu sekolah dulu, memang ada dalam jadual waktu solat Dhuha jadi, nak tak nak kena buat juga....

Hari ini aku bersyukur kepada Allah Taala, diberi petunjuk dan hidayah kepadaku untuk menunaikan solat Dhuha yang telah sekian lamanya aku tinggalkan. Aku sedar, Ilmu yang tidak dimanafaatkan ibarat pokok yang tidak berbuah. harapkan tinggi menjulang tetapi tidak ada hasilnya....

Sememangnya besar dugaan Allah diatas insan-insan yang diamanahkan untuk mengajar ilmu Agama. Diberi ilmu allah untuk disampaikan kepada anak bangsa.... diberi keistimewaan dalam pertuturan agar ilmu itu mudah disampaikan tetapi.... mampukah ilmu yang sedikit itu diamalkan? Jika dihitung semua itu, rasa macam tidak layak untuk menjadi Ustazah...

Aku bersyukur selama ini berada di sisi suamiku.... Hampir tiga tahun kami bersama dan tempoh itulah aku melihat abang menunaikan solat Dhuha setiap hari. dia tidak pernah tinggal kecuali bila ada perkara yang terdesak. itupun boleh dikira berapa kali dia tinggal solat Dhuha. Dia tidak pernah suruh atau ajak aku solat bersama.....

Aku selalu tengok Ustaz Azammuddin menuanikan solat Dhuha. Biar dia sebok macam mana sekalipun, dia akan mencari ruang untuk melakukannya. Baru-baru ni, aku sering lihat ustaz Shafawi melakukan solat Dhuha setiap hari....

Tertanya dalam diri ini.... Bila lagi aku nak buat? Bijak bercakap tentang solat Dhuha... setiap tahun memperkatakan fadhilat solat Dhuha.... tapi, apa ertinya ilmu pengetahuan itu sedangkan aku sendiripun tak buat?

Aku lihat mereka-mereka itu, tenang hidupnya. Abang .... walaupun sering pening dengan hutang sekeliling pinggang. memikirkan kedai yang belum maju-maju lagi.... tapi, dia sentiasa tenang.... tidak sekali-kali dia mengeluh.... Nak mengharapkan kaya, tidaklah tapi... hasilnya mencukupi... dari situ, terlintas difikiranku, alangkah baiknya jika kami sama-sama melakukan ibadah yang termampu dan berdoa sama-sama agar dimurahkan rezeki.

Jadi... hari ini, aku betul-betul bersyukur dengan Allah taala kerana diberi aku petunjuk dan hidayah untuk melakukan solat Dhuha... Aku tidak bertekad untuk melakukannya setiap hari tetapi.... aku lebih fokus kepada hari cuti.... bukan lama sangat nak ambil masa untuk solat... paling lama pun 15 minit...

Semoga aku dapat laksanakan berterusan .... Insya Allah...

Monday, May 26, 2008

MESIN JAHIT

Sepatutnya blog ni aku tulis pada 22 Mei lalu sebab masa tu akulah orang yang paling happy tapi... sebab kesuntukan masa so.. aku tangguhkan dulu. Walau apapun, perasaan happy tu masih bersarang dalam jiwa aku.

Apa yang happy sangat... ! ? Kalau orang tahu, mungkin ia perkara biasa tapi pada aku ia terlalu bermakna. Jeng..jeng...jeng...!!!



Hari ini aku dah berjaya memiliki MESIN JAHIT... Bukan apa, sebenarnya aku dah lama mengimpikan mesin jahit. selama hari ni, bukan nya tak boleh beli tapi.. keadaan tak mengizinkan.

Pada aku, nak buat sesuatu itu biarlah ada perancangan. dalam keadaan kehidupan aku yang sederhana, aku perlu bijak mengatur stretegi. Selama hari ini, hasrat untuk membeli mesin jahit tertangguh sebab aku menanggung hutang motor. aku berazam untuk membeli mesin jahit bila selesai hutang motor aku tu.. So...24 April 2008 selesailah sudah hutang aku dengan Tat Hin Motor. So... bulan ni apa lagi, aku dah tak boleh tangguh dah. aku mesti beli...

Al-Hamdulillah, bersama sokongan dan dorongan dari abang, aku dah pun memiliki mesin jahit...:-)

walaupun mesin yang aku beli ni bukanlah mesin yang canggih-canggih macam sekarang ni sampai nak guna pun tak reti.... tapi, aku berpuas hati dengan apa yang aku miliki. sekadar nak menjahit, aku kira dah memadai.

Akupun bukanlah pandai sangat menjahit, setakat tengok-tengok mak menjahit. itu pun masa dekat kampong. Sekarang dah jarang balik kampong... tapi... bila beli saja mesin, rasa macam tak percaya yang aku boleh memotong kain sendiri dan hari ini, baju aku hampir siap...:-)

Apa tidaknye, aku bukannya masuk kelas belajar menjahit pun... pandai-pandai sendiri je... rupa-rupanya aku ada juga bakat menjahit...:-) macam emak .....ish...ish..ish....

Selepas ni nampaknya semakin sibuklah aku... mana nak kerja lagi... uruskan rumah lagi... anak lagi... nak menjahit lagi..? Ita..Ita... Boleh ke?

Tak pe... yang penting, ia dah menambahkan lagi koleksi hobi aku. Barulah ada kemajuan... Satu lagi azam aku setelah ada mesin jahit ni... Raya tahun ni, kami tiga beranak akan pakai baju raya hasil jahitan aku sendiri.... tercapai atau tidak..? Tungguuuuuuuuuu...!!!! :-)

Thursday, May 22, 2008

SAHABAT DAN PENTADBIR

Rabu 21 Mei 2008. Diadakan taklimat kepada semua guru sebelah petang. Yang menyampaikan taklimat ialah Ustz. Sh. Sukainah. Yelah, Guru Besar tak ada, GPK 1 pun tak ada so... sesiapa saja yang rasa bertanggungjawab, boleh bagi taklimat atau makluman.

Apa yang menyedihkan bagi aku, cara dia menyampaikan taklimat. Aku cukup tak berkenan. Dengan riaksi dan memek muka yang tidak menyenangkan semua orang. Aku tak tahu apa masalahnya? Mungkin dia ada masalah peribadi atau sebaliknya? Aku pun tak tahu tapi... yang nyata pada aku, bila kita berada di hadapan khalayak ramai, menyampaikan maklumat untuk semua orang..... sembunyikan segala kesedihan dan karesahan agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

BUkanlah aku ni orang yang hebat sangat... nak bercakap soal kepimpinan tetapi, untuk jadi pemimpin mesti bersikap terbuka. jangan pandang sebelah mata saja. cuba letakkan diri kita sebagai rakyat jelata, nescaya kita faham masalah semua orang. tapi kalau kita rasa kita yang hebat, orang lain buat semua tak kena... memang kita akan jadi pemimpin yang ditakuti, bukannya disegani.

Memang dah lama aku rasakan sesuatu yang tak kena. Dalam pejabat, aku dah rasa tak selesa. Keadaan rakan di sekeliling macam ada yang tak kena. Kak Ti dan kak Pah aku rasa dah semakin jauh dengan aku. Aku pun tak paham. Kalau dulu aku rasa aku terlalu rapat dengan kak Ti dan Kak Pah, tapi sekarang semuanya dah berubah.

Kak Pah lebih serius dan tak mudah mesra. Aku memang rapat dengan semua guru. Banyak juga komen yang aku dengar tentang Kak Pah. Yelah, kak pah ni sebahagian daripada pentadbir sekolah. Walaupun dia tidaklah ada jawatan yang besar sangat tapi, atas dasar tanggungjawab mungkin dia rasa dia perlu menegur dan memberi peringatan kepada samua guru. lagipun dia rapat dengan GPK 1 dan GB sebelum ni. Mungkin juga disebabkan kelemahan kepimpinan diorang, dia rasa lebih cenderong untuk membantu.

Itu aku tak kisahlah, cuma aku terkilan bila dia buat tak sama dengan apa yang dia selalu cakap. itu juga yang buat orang marah. Telinga aku dah panas dengar cerita orang. Aku nak menegurpun, aku dah tak punya banyak masa untuk berdiskus dengan kak Pah. Seperti yang aku katakan tadi. Kitorang dah tak macam dulu...

Aku pun tak tau kat mana silapnya. Walau apapun aku sentiasa berdoa semoga ukhwah ini akan menjadi lebih baik dan Allah akan bagi petunjuk kepada semua yang layak agar Guru-guru di Tasek Tambahan ini tidak jauh terpesong....

HARI GURU

Tarikh 16 Mei menjelang lagi. Tarikh yang sentiasa diingati oleh seluruh warga yang terlibat dengan bidang pendidikan khususnya sekolah. baik Sekolah Rendah, Menengah, Agama dan segala bentuk IPT. Biar apa sekalipun Gred dan jawatan yang disandang samada Guru Tetap, Guru Sandaran, malah Guru Kelas al-quran dan Fardhu Ain (KAFA) sekalipun, tetap meraikannya. Pendek kata, bila seseorang itu memberi ilmu walau hanya satu huruf sekalipun, ia adalah GURU.


Oleh itu, daripada semua pihak baik pelajar, guru, pengetua, guru besar malahan ibu bapa pelajar sendiri, tarikh tersebut begitu bermakna bagi kita untuk mengenang jasa yang dicurahkan oleh warga pendidik yang dipanggil GURU. Ya! Hari Guru adalah hari untuk kita mengingati jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh insan yang bergelar guru.

Merenung sejenak peranan guru pada masa sekarang...

Sememangnya tugas yang dipikul oleh guru sekarang adalah terlalu mencabar. Cabaran yang perlu ditanggung dengan kekuatan mental dan fizikal demi melaksanakan tugas dan tangungjawab yang diamanahkan. Guru sekarang bukan sekadar hanya masuk ke kelas dan mengajar semata-mata tetapi banyak lagi dugaan dan tugas lain perlu dibereskan. Sekolah ibarat sebuah 'negara' yang melaksanakan pelbagai aktiviti yang semuanya terpaksa dipikul pada bahu guru. Dan aktiviti-aktiviti sebegini menyebabkan guru bukan sekadar menjadi guru semata-mata. Seorang guru pernah berkata, guru perlu menjadi kerani menyiapkan hal-hal kedatangan murid dan hal-hal berkaitan dengan pembayaran yuran. Guru perlu menjadi polis untuk mengajar anak-anak murid berkawad dalam aktiviti ko-kurikulum. Guru perlu menjadi pengaturcara komputer untuk membuat bahan bantuan mengajar menggunakan komputer. Pendek kata, menjadi guru ialah menjadi semua pekerja dan membuat segala pekerjaan, dan itulah sebenarnya situasi yang dialami oleh guru pada hari ini.

Tidak kurang juga dengan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Peranan yang dimainkan tetap sama. Walaupun pandangan masyarakat berbeza tetapi, peranan tetap sama. Mendidik anak bangsa terutama dalam bidang Agama. Tetap berhasrat melahirkan insan berkualiti yang tidak lari dari landasan Agama. Menyampaikan amanah Allah dalam memelihara akhlak dan akidah anak bangsa. berlandaskan Motto "BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA" tetap menjadi pegangan.


SELAMAT HARI GURU


Tuesday, May 20, 2008

BLOG PERTAMA

Hari ini merupakan hari pertama pembinaan Blog aku. Aku sendiri pun tak sangka macam mana aku boleh buka blog ini. aku ni bukannya pandai sangat berinternet. sekadar tengok blog orang... berani pulak cuba-cuba membina blog. Tapi apa boleh buat, suami aku memang gemar melayari internet. membina website sendiri dan juga ada blog sendiri. Bila tengok dia buat kerja... rasa berminat juga nak belajar tapi... kami tak banyak masa untuk belajar bersama.. yelah, masing-masing kerja. Abang pulak, berniaga, so.. banyak masa habis dekat kedai.. cuma sesekali sambil tengok dia buat kerja, tanyalah sikit-sikit. dan hari ini, aku mencuba sendiri membina blog ini.

Walaupun aku tak pandai sangat menulis tetapi.... pada aku, menulis ini satu perkara yang menyeronokkan. walau dalam apa keadaan sekalipun diri kita, kita boleh melahirkannya dengan menulis. di antara diri kita dengan penulisan, memang tiada rahsia.

Aku memang suka membaca blog orang... kadang-kadang aku rasa terhibur. walaupun bukan pada diri aku tetapi... ia suatu yang menyeronokkan. Jadi hari ini, aku menambahkan lagi koleksi hobi aku dengan menulis di blog ini. ye.. satu sejarah baru dalam hidup aku.

JAMUAN PERPISAHAN

15 Mei 2008, semua guru-guru SRATT mengadakan jamuan perpisahan Ust. Azamuddin (G.B) dan Kak Bisah. Ustaz Azam dapat naik pangkat sebagai Penolong kanan Akademik di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Kak Bisah pula telah menamatkan perkhidmatannya sebelum mencecah umur 60 tahun. Apa nak buat.... Guru KAFA tidak ada pencen. Cuma dibagi peringatan , perkhidmatan sehingga mencecah umur 60 tahun. Jadi bila umur dah menjangkau 60 tahun.... paham...pahamlah sendiri.....

Bulan lepas, Ustazah Kalsom (GPK 1) bertukar ke banting. Bulan ini, Gurtu Besar bertukar ke Pejabat Agama, Kak Bisah pula berhenti..... habis semua guru SRATT. Yang berganti, sorang pun belum datang. Belum datang atau terus tak ada, akupun tak pasti.

Mulai hari ini (16 Mei 08) , SRATT dah tak ada Bos.... so, hiduplah sendiri terkontang kanting.... Dengar khabarnya Guru Besar baru adalah Guru besar daripada SRA Kuala Perdik (Ustz. Rohana). Akupun tak tau macam mana. Kalau tak silap aku, Dia tu Fasalitator aku masa kursus RPP dekat Sungai ramal tempoh hari. Tapi takleh nak nilai macam mana orangnya. Tapi, aku tak kisahlah..... yang penting aku buat kerja aku seperti biasa.

Kehilangan Guru Besar...?
Aku pun tak tau apa perasaan aku... sedih? tak lah... seronok? tak juga... ntahlah... aku tak pasti.... yang iye nye.... dia dah lama kat Tasek.. 8 tahun. mana ada Guru Besar yang berkhidmat lama macam tu... lagipun dia dinaikkan pangkat, ok lah tu.... siapa yang tak nak..

Memang aku agak rapat dengan GB tapi.... dia bukanlah orang yang aku respect. cara dia bekerja tidak sama dengan pribadi aku... di mata aku, dia bukanlah seorang ketua yang terbaik. dia tak dapat laksanakan tugas dengan baik. Dia bukanlah orangnya untuk aku contohi. walaubagaimanapun, dia ada alasannya tersendiri.... terserahlah..... itu penilaian aku... tak taulah macam mana pula dengan guru-guru lain.... masing-masing ada penilaian tersendiri.

Aku harap, bila dia dah masuk bertugas di Pejabat, dia boleh jadi pekerja yang terbaik. Pegawai yang bijak melaksanakan tugas. lagipun dia dah habis belajar... so, takde apa lagi yang nak difikirkan . Boleh lah tumpukan pada kerja... tidaklah jadi macam kat Tasek Tambahan ni, Ada Guru Besar macam tak ada. Bila ditanya, alasannya belajar..... so, nak taknak terima sajalah alasan itu..... yelah... siapa kita nak pertikaikan kerja dia sebagai BOS....

Kak Bisah....
Memang sungguh-sungguh terasa kehilangannya. Dia seorang Guru yang berdedikasi. memang layak untuk dia mendapat Guru cemerlang. betul kata Ustaz Zul, tak ada siapa yang boleh buat macam kak Bisah.

Hampir 20 tahun kak Bisah berkhidmat kat sini... Ya Allah... satu tempoh yang cukup lama. Dia dah aku anggap macam emak aje. tempat mengadu dan berkongsi pendapat. aku tak boleh nak gambarkan dengan tulisan... macam mana perasaan aku bila kehilangan kak Bisah. Walaubagaimanapun... itulah hakikatnya.... bila tugas dah selesai.. perkhidmatan mesti ditamatkan..... begitulah keadaan semua Guru KAFA di sini. cuma menanti masa dan ketikanya....