Monday, June 30, 2008

AURAT WANITA DIHADAPAN WANITA KAFIR

Para ulama berbeza pendapat tentang aurat wanita muslimah di hadapan wanita kafir. Ada di kalangan ulama yang membezakan antara wanita muslimah dan wanita kafir. Maka mereka mewajibkan hijab di hadapan wanita kafir, namun pendapat ini tidak kuat. Lajnah Daimah ketika ditanya apakah wajib wanita muslimah memakai hijab di hadapan wanita kafir menjawab:

"Dalam masaalah ini ada dua pendapat para ulama, yang lebih benar ialah tidak wajib (wanita muslimah berhijab dihadapan wanita kafir). Ini kerana perbuatan tersebut (memakai hijab di depan wanita kafir) tidak didiriwayatkan dari isteri-isteri Nabi saw, tidak juga dari selain mereka dari kalangan wanita di zaman nabi saw ketika mereka hidup bersama wanita-wanita Yahudi di Madinah, dan wanita-wanita penyembah berhala. Jika berlaku di zaman Nabi saw, wanita muslimah memakai hijab di hadapan wanita kafir, sudah pasti akan dinaqalkan kepada kita sepertimana yang telah dinaqalkan perkara yang lebih kecil dari yang itu."

Telah ditanya kepada al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin:

"Adakah boleh seorang muslimah membuka rambutnya di hadapan wanita kafir?”

Kata al-Uthaimin:

Perkara ini ada perbezaan pendapat antara ulama dalam menafsirkan firman Allah swt al-Nuur: 31.

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)

Ganti nama yang terdapat pada kalimah (نِسَائِهِنَّ - wanita-wanita mereka) para ulama berbeza pendapat tentangnya. Sebahagian mereka berkata maksudnya ialah jenis, yakni sejis wanita semuanya. Sebahagian yang lain mengatakan maksud ganti nama itu ialah ditujukan kepada sifat, yakni wanita yang beriman sahaja. Maka jika berdasarkan pendapat yang pertama, harus bagi wanita membuka rambutnya dan wajahnya di hadapan wanita kafir. Jika berdasarkan pendapat yang kedua tidak boleh. Dan kami (Ibn al-Uthaimin) cenderung kepada pendapat yang pertama dan ianya lebih hampir (kepada kebenaran). Ini kerana wanita bersama wanita tidak ada beza antara wanita muslimah dan kafir. Ini jika tidak ada fitnah..."

Maka berdasarkan pendapat ini, aurat wanita muslimah di hadapan wanita kafir adalah sama seperti aurat sesama wanita muslimah yang lain, iaitulah antara tengkuk hingga bahagian bawah betisnya, lengan kanan dan lengan kiririnya.

wallahu a'lam...

Wednesday, June 25, 2008

PEPERIKSAAN MUMTAHIN

kini selesailah sudah MUMTAHIN ( Ujian Tilawah dan Hafazan ) bagi pelajar-pelajar tahun 6. Wah! macam dah merdeka je.... Jangan seronok sangat anak-anak murid ku.... ada lagi peperiksaan yang belum selesai.. Bila dah selesai Ujian, terhasillah markah dengan pangkat yang berbeza-beza. ada yang Mumtaz, Jaid Jiddan dan tak kurang juga yang Dhoif. Itulah hakikatnya ....

Ujian Tilawah dan Hafazan merupakan satu sidiul pelajaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama, KAFA Integrasi dan Sekolah Rendah Agama Integrasi di Negeri Selangor. Ia diwajibkan kepada calon-calon yang akan menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor.

Calon akan diuji dengan bacaan al-Quran dan Hafazan daripada surah-surah tertentu yang telah ditetapkan. Antara surah-surah yang dinilai ialah

1. Surah at-Takwir
2. Surah al-Infithar
3. Surah al-Muthoffifin
4. Surah An-Naba'
5. Surah An-Nazi'at
6. Surah 'Abasa

Calon dikehendaki membaca dua surah daripada sura-surah tersebut secara undian.

Walaubagaimanapun, aku berpuas hati dengan keputusan mereka. ada beberapa orang yang mendapat keputusan yang Mumtaz (cemerlang) dan tak kurang juga yang Dhoif (gagal). Pelajar yang gagal adalah pelajar-pelajar yang tidak pandai membaca al-Quran. Apa nak buat, kalau membaca al-Quran pun tak boleh.... macam mana nak menghafal.? Jadi... guru penilai memang tak boleh nak tolong...

Memang sesetengah orang mengharapkan yang terbaik daripada Sekolah untuk anak-anaknya tetapi, adakah mereka telah berikan yang terbaik untuk anak-anak sebelum dihantar kesekolah.? Menghantar anak kesekolah dengan harapan anak pandai agama terutamanya membaca al-quran , jawi dan sebagainya.... tetapi, meletakkan sekolah agama sebagai tempat persinggahan. Hantar anak pergi Sekolah Agama supaya anak tidak merayau ketempat lain. Hantar anak ke Sekolah Agama agar terisi kelapangan dirumah. dan berbagai lagi alasan yang lari daripada niat sebenar....

Inilah anak-anak yang gagal. bila niat dah tak betul maka, keberkatan itu tidak ada. berilah bekalan secukupnya kepada anak-anak kerana anak-anak adalah harta kita yang akan dibawa ke mati. Perbetulkan niat dari langkah pertama untuk ke Sekolah, Insya Allah akan mendapat keberkatan daripada Allah. Dengan itu, anak akan mudah untuk belajar.

Tuesday, June 24, 2008

Rahsia disebalik SENYUMAN



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'.
Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

sumber : http://mawarcinta.multiply.com/

Friday, June 20, 2008

SERUAN KUBUR

AKU RUMAH YANG TERPENCIL........... KAMU AKAN SENANG DENGAN SELALU MEMBACA AL-QURAN
zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments & Graphics


AKU RUMAH YANG GELAP.... TERANGILAH IA DENGAN SELALU SOLAT MALAM

AKU RUMAH YANG PENUH DENGAN TANAH DAN DEBU.......BAWALAH AMAL SOLEH YANG MENJADI HAMPARAN

AKU RUMAH ULAR YANG BERBISA.... BAWALAH AMALAN BISMILLAH SEBAGAI PENAWAR

AKU RUMAH PERTANYAAN MUNKAR DAN NANKIR.... MAKA BANYAKLAH BACAAN
"LAAILAHAILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH"

Thursday, June 19, 2008

PERINGATAN BUAT DIRIKU...

Selagi bernama insan... kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan tetapi... pernahkah terfikir dalam diri kita untuk berusaha menghindarkan diri daripada melakukan segala kesilapan sama ada yang kita sedari ataupun tidak?

Subhanallah...? Begitu berat dugaan dan ujian yang Allah berikan kepada setiap insan. Semuanya bukanlah untuk menyusahkan tetapi adalah untuk menambahkan ketakwaan kita kepada-NYA. Kadangkala manusia akan merasakan dugaan yang diberikan oleh Allah itu sebagai satu yang membebankan tetapi sebenarnya kebanyakan manusia akan mengingati Allah bilamana berada dalam kesusahan... Oleh itu, bersyukurlah kita sekiranya kita rasa susah bila di duga oleh Allah... itu tandanya Allah sayangkan kita.... memperingati kita agar kita sentiasa ingat kepada-NYA.

Kehidupan yang indah adalah bilamana manusia itu cuba mendekatkan diri kepada penciptanya. Mendalami keunikan isi alam daripada langit dan bumi, laut dan darat serta sekalian makhluk.... daripada mana keajaiban itu kalau bukan dengan kebesaran Allah Subhanahuwataala....? Oleh itu, janganlah terlalu memandang kehadapan sehingga lupa pada persekitaran......

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments

Wednesday, June 18, 2008

9 PERKARA YANG PEREMPUAN TIDAK GUNA

1.Perempuan itu tidak guna kain yang
nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu,
bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh
perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai
kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila
dipakai walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian
orang lain, lebih-lebih lagi lelaki
JAHAT. Dia tahu sekiranya dia
memakainya juga dia telah melanggar
larangan Allah dalam ayat 31 surah An-
Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak
wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan
bau yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya
kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara
kimia) yg digunakan utk membuat
pewangi itu. Perempuan yang tidak
memakai wangian yang kuat ini tahu
bahawa inilah yang dipesan oleh nabi.
Sabda junjungan bahawa wanita yang
keluar rumah dgn memakai wangian,
adalah seperti pelacur. Bukan tidak
boleh berwangi-wangi tetapi
bersederhanalah dlm pemakaian wangian
tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-
kata yang keji, kerana dia tahu
sesiapa sahaja yang bercakap perkara
yang keji adalah mereka yang rendah
akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang
bercakap menggunakan perkataan yang
buruk @ jahat, adalah seperti sepohon
pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia
tahu bahawa perumpamaan perkataan yang
baik dan buruk dinyatakan dengan jelas
dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak
untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain
mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya
orang yang suka mengumpat baik lelaki
atau perempuan dia seolah-olah memakan
daging saudaranya sendiri. Apakah
sanggup kita memakan daging saudara
sendiri? Persoalan ini ditanyakan
kepada kita dalam firmanNya ayat 12.
surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung
tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata
bentuk perbukitan pada badannya
(tudung siput babi). Sememangnya ia
menjadi tatapan mata lelaki yang jahat
yang terkena panahan syaitan. Dia tahu
apabila bertudung, dia mesti
melabuhkan tudungnya sehingga menutup
alur lehernya dan tidak menampakkan
bentuk di bahagian dadanya. Pesan
Rasul seperti yang disuruh oleh Allah
tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.
Begitu juga seorang lelaki yang
bergelar suami mesti memberi
peringatan untuk isteri dan anak-
anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok
bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki
yang bukan mahramnya, bercakaplah
dengan tegas. Jangan biarkan suara
lentukku untuk menarik perhatian
lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah
aurat, jika aurat maka Allah tidak
akan menjadikan perempuan boleh
berkata-kata. Bertegaslah dalam
percakapan, jangan gunakan suaramu
untuk menarik perhatian lelaki
sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya
suara wanita yang bercakap dengan gaya
membujuk yang boleh mencairkan keegoan
lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat
dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna
ayatnya lebih kurang begini"Maka
janganlah kamu tunduk dlm berbicara
sehingga berkeinginanlah orang yang
ada penyakit dlm hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang baik"
'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg
berbicara dgn sikap yang boleh
menimbulkan keberanian orang untuk
bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit
dlm hati" adalah keinginan seorang
lelaki utk melakukan perbuatan sumbang
dgnnya seperti berzina. Mengapa?
Lelaki sangat mudah tertarik kpd
seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat
make-up untuk menonjolkan
kejelitaannya melainkan di hadapan
suaminya sahaja. Adab bersolek
(tabarruj) ini amat ditekankan kepada
wanita muslim (muslimah) kerana
semestinya kecantikannya adalah hak
ekslusif yang mesti persembahkan
kepada suaminya. Jika ingin keluar
bekerja, dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak
jelas kelihatan pada wajahnya dia
bersolek. Jangan bersolek sehingga
cantiknya anda sehingga kadang2 wajah
anda menjadi seperti hantu. Hendak
bergincu? Jika bergincu, pakailah yg
tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa
tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung
yang jarang-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat
haiwan akuatik. Kerana apabila memakai
tudung seperti ini, akan nampak juga
bahagian yang sepatutnya ditutup rapi
dari pandangan orang lain. Rambut
adalah mahkota, tetapi jangan biarkan
mahkota itu tidak 'berharga' dengan
menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga
disimpan dengan rapi di dlam sangkar,
dan ditambah pula pengwal untuk
menjaga keselamatannya, maka demikian
juga dengan rambut wanita. Sangkar itu
adalah kain litup yang sempurna dan
pengawalnya pula adalah ilmu yang
diamalkan oleh anda untk memakainya
dengan
cara yang terbaik


dipetik daripada : http://warie.multiply.com/

Saturday, June 14, 2008

MAKAN MALAM DI KELAB DARUL EHSAN

malam tadi, jamuan makan malam diantara guru SRATT dan AJK PIBG telah diadakan di Kelab Darul Ehsan... Tajuk majlis tersebut ialah "MALAM UKHWAH"

Majlis makan malam tersebut diakan sempena sambutan hari Guru dan sekaligus meraikan perpindahan Guru Besar yang hampir sebulan berlalu....

kalau tengok pada agenda, tak ada agenda menarik yang disusun cuma... ucapan-ucapan yang tertentu sahaja.... walau apa sekalipun aturcara yang dibuat, pada aku.... tidak selayaknya untuk aku sebagai guru KAFA berada di dalam majlis yang seumpama itu.... walaupun yang terlibat hanyalah guru-guru SRATT tetapi... tempat yang dipilih bukanlah standard Guru KAFA.... Tapi... untuk memuaskan hati semua pihak... majlis tersebut tetap berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya terdengar juga di telingaku suara-suara yang tidak berpuas hati.....

terima kasih sahajalah kepada pengurus program yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.


Apa yang penting bagi aku pada malam itu.... melihat anakku happy sekali. yelah... budak kecil yang tak tahu apa-apa... seronok nye dia tuhan saja yang tahu... itulah masanya nak bersama family nak makan kat tempat yang grand macam tu.....