Tuesday, May 20, 2008

JAMUAN PERPISAHAN

15 Mei 2008, semua guru-guru SRATT mengadakan jamuan perpisahan Ust. Azamuddin (G.B) dan Kak Bisah. Ustaz Azam dapat naik pangkat sebagai Penolong kanan Akademik di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Kak Bisah pula telah menamatkan perkhidmatannya sebelum mencecah umur 60 tahun. Apa nak buat.... Guru KAFA tidak ada pencen. Cuma dibagi peringatan , perkhidmatan sehingga mencecah umur 60 tahun. Jadi bila umur dah menjangkau 60 tahun.... paham...pahamlah sendiri.....

Bulan lepas, Ustazah Kalsom (GPK 1) bertukar ke banting. Bulan ini, Gurtu Besar bertukar ke Pejabat Agama, Kak Bisah pula berhenti..... habis semua guru SRATT. Yang berganti, sorang pun belum datang. Belum datang atau terus tak ada, akupun tak pasti.

Mulai hari ini (16 Mei 08) , SRATT dah tak ada Bos.... so, hiduplah sendiri terkontang kanting.... Dengar khabarnya Guru Besar baru adalah Guru besar daripada SRA Kuala Perdik (Ustz. Rohana). Akupun tak tau macam mana. Kalau tak silap aku, Dia tu Fasalitator aku masa kursus RPP dekat Sungai ramal tempoh hari. Tapi takleh nak nilai macam mana orangnya. Tapi, aku tak kisahlah..... yang penting aku buat kerja aku seperti biasa.

Kehilangan Guru Besar...?
Aku pun tak tau apa perasaan aku... sedih? tak lah... seronok? tak juga... ntahlah... aku tak pasti.... yang iye nye.... dia dah lama kat Tasek.. 8 tahun. mana ada Guru Besar yang berkhidmat lama macam tu... lagipun dia dinaikkan pangkat, ok lah tu.... siapa yang tak nak..

Memang aku agak rapat dengan GB tapi.... dia bukanlah orang yang aku respect. cara dia bekerja tidak sama dengan pribadi aku... di mata aku, dia bukanlah seorang ketua yang terbaik. dia tak dapat laksanakan tugas dengan baik. Dia bukanlah orangnya untuk aku contohi. walaubagaimanapun, dia ada alasannya tersendiri.... terserahlah..... itu penilaian aku... tak taulah macam mana pula dengan guru-guru lain.... masing-masing ada penilaian tersendiri.

Aku harap, bila dia dah masuk bertugas di Pejabat, dia boleh jadi pekerja yang terbaik. Pegawai yang bijak melaksanakan tugas. lagipun dia dah habis belajar... so, takde apa lagi yang nak difikirkan . Boleh lah tumpukan pada kerja... tidaklah jadi macam kat Tasek Tambahan ni, Ada Guru Besar macam tak ada. Bila ditanya, alasannya belajar..... so, nak taknak terima sajalah alasan itu..... yelah... siapa kita nak pertikaikan kerja dia sebagai BOS....

Kak Bisah....
Memang sungguh-sungguh terasa kehilangannya. Dia seorang Guru yang berdedikasi. memang layak untuk dia mendapat Guru cemerlang. betul kata Ustaz Zul, tak ada siapa yang boleh buat macam kak Bisah.

Hampir 20 tahun kak Bisah berkhidmat kat sini... Ya Allah... satu tempoh yang cukup lama. Dia dah aku anggap macam emak aje. tempat mengadu dan berkongsi pendapat. aku tak boleh nak gambarkan dengan tulisan... macam mana perasaan aku bila kehilangan kak Bisah. Walaubagaimanapun... itulah hakikatnya.... bila tugas dah selesai.. perkhidmatan mesti ditamatkan..... begitulah keadaan semua Guru KAFA di sini. cuma menanti masa dan ketikanya....

No comments: