Wednesday, October 28, 2009

ULANGTAHUN KELAHIRAN KU...

28 OKTOBER 2009

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiranku. Maka, genaplah usiaku 30 tahun. Sudah 30tahun rupanya... bukanlah satu tempoh waktu yang singkat untuk dihitung. Cuma... tertanya pada diri sendiri, apakah ada 30 tahun lagi untuk aku menghitung waktu? Berjalan menikmati keindahan ciptaan Tuhan...? Soalan yang tiada jawapan. Hanya Tuhan yang tahu..

Walaubagaimanapun... aku perlu muhasabah diriku... menghitung 30 tahun yang telah berlalu. Apakah perisiannya telah cukup untuk aku sebagai hamba Allah...? Apakan aku bersedia sekiranya dipanggil oleh Allah pada bila-bila masa..?

Mengenangkan 30 tahun telah berlalu, terasa amat kerdil diri ini di Sisi Tuhan sedangkan diri ini semakin hampir untuk dipanggil oleh-Nya.

Aku sedar, aku bukanlah insan yang terbaik dan lengkap dari segala sudut. Aku insan biasa, yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Aku juga adalah hamba seperti hamba-hamba lain yang perlu menerokai dunia ini dengan pelbagai Ilmu. Mencari dan terus mencari untuk melengkapkan diri sebelum mengadap Illahi.

Oleh itu, sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiranku tahun ini, tahun yang ke 30... aku bangun jam 4.30 pagi menunaikan solat sunat Hajat, memohon dari Allah untuk diberi petunjuk dan hidayah yang berkekalan agar aku tidak jauh terpesong dari landasan-Nya. Amin...

Diserikan dalam hidupku bersama suami dan anakku, aku berazam akan menjadikan diri ini lebih baik dari sebelum ini. Apatahlagi, ulangtahun kelahiranku selepas Ramadhan dan Syawal... Aku teruskan Iltizamku sempena Ramadhan tahun ini untuk menunaikan puasa Sunat Isnin dan Khamis. Alhamdulillah... berakhir sahaja Syawal ini, aku dah mula berpuasa sunat ISnin dan Khamis. semoga ibadah ini dapat diteruskan. Insya Allah.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments: