Friday, May 22, 2009

SELAMAT HARI IBU...

Setiap hari Ahad minggu kedua bulan May merupakan Hari Ibu. Dan tahun ini hari tersebut jatuh pada tanggal 10 May 2009.

Apa sahaja gelaran yang diberikan sama ada Ibu, Ummi, Emak, Mama dan sebagainya adalah satu pengiktirafan kepada seorang Ibu. Walaupun Jasa Ibu dikenang sepanjang hayat namun… hari ibu disambut dan diraikan sebagai satu hari istimewa kepada semua ibu-ibu. Begitu jugalah aku…

Pengalaman pertama menjadi ibu membuatkan aku semakin matang. Menilai sebuah kehidupan bersama suami dan anak... Dalam merangkak meniti usia, inilah kali ketiga aku menyambut Hari Ibu tetapi.... tahun ini aku sungguh gembira bila pertama kalinya anakku mengucapkan ”Selamat Hari Ibu”. Anakku dah pandai bercakap.... Syukur pada Allah atas anugerah itu.

Walaupun hampir tiga tahun berlalu namun, pengalaman bersalin itu tidak dapat aku lupakan. 01 julai 2006 , pertama kalinya aku mendengar tangisan anak kecil.... AKU DAH JADI IBU...! tidak dapat dinafikan lagi keadaan itu..... aku dan abang perlu laluinya dan sama-sama membesarkannya dengan sempurna. Abang dah jadi AYAH. Al-hamdulillah.

Aku bersyukur kerana dikurniakan suami yang penyayang. Dialah yang memberi kekuatan kepada aku tatkala aku menunggu saat kelahiran. Sampai kini aku tidak dapat melupakan detik manis itu. Melihat air mata abang selepas kelahiran Hafiz hati aku menjadi sayu. Aku sendiri tidak tahu... sedihkah aku? Gembirakah aku...? Namun aku bersyukur, aku dan anak selamat.

MUHAMMAD HAFIZ ANWAR..... Itulah rangkaian nama yang menjadi pilihan kami berdua. Pada aku.... aku tidak kisah sangat apa sahaja nama yang baik tapi abang... dia cuba menghimpunkan harapan dan impiannya pada nama anak sulung kami. Abang impikan anaknya akan menjadi HAFIZ suatu hari nanti. Dikuatkan dengan guru al-Qurannya seorang Hafiz sebagai Idola. Namanya Khairul Anwar. Jadi daripada situ, terbentuklah nama anak sulung kami MUHAMMAD HAFIZ ANWAR BIN KHAIRIL ANIZAN.

Kini usia Hafiz hampir 3 tahun. Al-Hamdulillah.... dia semakin cerdik. Walaupun kadangkala aku agak emosi melayan karenah Hafiz tapi... hati ini tetap terhibur. Kami sama-sama mendidik dan membesarkan Hafiz dengan impian dan harapan. Tiada kalimah terindah dalam doa kami setiap selepas Solat melainkan Mengharapkan Hafiz menjadi anak yang Soleh.

Sempena Hari Ibu ini, aku berazam untuk menjadi yang lebih baik dengan bimbingan dan bantuan dari abang. Menjadi Isteri Solehah.... aku tidak layak..... Menjadi Ibu Mithali... bukan aku yang menilainya tetapi... aku cuba untuk jadi yang terbaik demi kebahagiaan rumah tangga kami.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments: